cici dan angry bird.....hambek ko kucing pon pandai maen angry bird.....hahahah
Sunday, 26 February 2012
Saturday, 25 February 2012
:::::PENDAKIAN GUNUNG ANGSI,ULU BENDUL,NEGERI SEMBILAN:::::
kami mule mendaki pada jam 7 pagi....sepanjang perjalanan kami melihat alam tropika huta di ulu bendul...memang cantik....Pendakian nie agak letay skit sebab kat sane trek balak....n then ada tangga 2000....kenapa tangga 2000,sebabnye akar2 kayu kat situ membentuk seperti tangga...huhh memeng meletihkan....gunung nie agak curam jugak la..nak daki ke atas sampai kene cium lutut sendiri....memang pengalaman yang seronok....
pengalaman buruk jugak la mase saya mendaki sebab mase nak turun saya jatuh banyak kali...nak di jadikan cerita boleh dapat award pendaki paling banyak jatuh....sbb mase nie trek sangat2 licin dan kasut plak da haus tapaknye...hmmm mmg gler jugak la...mujur la ad my fren yang tolong....sampai satu mase tu terus menggelongsor sbb da sakit asyik jatuh jek...hahahah...pas jatuh sungai pon ad gak..hahaha...memang pengalaman yang xdapat dilukan la mase mendaki gunung angsi nie...
kami sampai kat atas dalam area kowl 12 tengahari gitu la kot....n then berehat n snap2 pic jap pas2 baru turun...mase kat atas lecture dah mintak kami semua bawak baju melayu n baju kurung...terpikir gak kenapa...rupe2nye nak sowh kami beraya kat puncak..haha...rasenye xbnyak pendaki2 yang sampai atas pakai baju kurung n melayu macam kumpulan kami...memang kelaka.....kat bawah nie gambar-gambar yang di ambil mase mendaki GUNUNG ANGSI, NEGERI SEMBILAN....
Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai Gunung Angsi blh KLIK DI SINI
http://www.ogkl.com.my/infoGUNUNG/infoAngsi.htm
GAMBAR 1
GAMBAR 2
GAMBAR 3
GAMBAR 4
GAMBAR 5
GAMBAR 6
GAMBAR 7
GAMBAR 8
GAMBAR 9
GAMBAR 10
GAMBAR 11
GAMBAR 12
:::::::PeNdAkIaN BuKiT PaNoRaMa,Sungai LeMBiNg:::::::
Nie pengalaman mase mendaki Bukit Panorama kat sungai lembing ngan dak2 kembara polisas...waktu daki nie dah agak tengahari ckit...so cuaca agak panas ckit mase nie.....
kalau sape2 nak daki boleh jek sbb pendakian untuk ke atas ad tangga...so xperlu nak risau...serius memang best gy BUKIT PANORAMA NIE...
kat bawah nie ad pic2 kami mase mendaki....
GAMBAR 1
GAMBAR 2
GAMBAR 3
pemandangan dari atas Bukit Panorama
GAMBAR 4
peace
GAMBAR 5
GAMBAR 6
selamat sudah turun dari BUKIT PANORAMA....snap jap pic kat bwh pokok besar....
GAMBAR 7
Berehat seketika di kerusi....penat mendaki tangga
Friday, 24 February 2012
CIPTAAN ALLAH YANG SANGAT INDAH
ALHAMDULILAH MASIH DIBERIKAN KESEMPATAN UNTUK MENIKMATI CIPTAAN ALLAH...SUBHANALLAH SUNGGUH INDAH CIPTAAN ALLAH....
KAT BAWAH NIE AD SEDIKIT PIC2 YANG DI SNAP MASE GY BERCUTI KAT SELANGOR....AREA SEKITAR SEKINCHAN DAN SUNGAI BESAR SELANGOR....
GAMBAR 1
GAMBAR 2
GAMBAR 3
GAMBAR 4
GAMBAR 5
GAMBAR 6
GAMBAR 7
Sunday, 19 February 2012
WATAK DIRI MENGIKUT URUTAN DALAM FAMILY
disini ada fakta mengenai watak diri mengikut urutan kelahiran di dalam keluarga mengikut orang dulu-dulu...
selamat membaca dan bandingkan dengan diri anda....adakah betul atau sebaliknya.....
Anak Sulung
Anak sulung merupakan cahaya mata pertama di dalam keluarga dan menjadi tumpuan kasih sayang dan perhatian ibu bapa. sehinggalah kedatangan adik baru. Namun apabila mereka meningkat remaja, mereka lebih pandai membawa diri masing-masing dan sanggup berkorban demi demi adik-adik.
Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :
- anak sulung dikaitkan dengan sikap pelindung, suka bertolak ansur, serta ego.
- sering berjaya dalam hidup.
- lebih pandai mengambil hati orang tua.
- mempunyai nilai tanggung jawab yang tinggi.
Anak Tengah
Biasanya anak tengah lebih pelik sedikit dari anak-anak yang lain.
Mereka lebih gemar berdikari dan membuat hal sendiri. ini kerana mereka
adalah antara yang paling kurang ‘favourite’ di kalangan adik-beradik
yang lain. Seringkali mereka juga teras terpinggir. Dalam banyak hal
mereka merasakan diri mereka dipaksa untuk mengalah kepada si sulung
atau si bongsu. Sebab itu di kalangan mereka juga kadangkala mudah
dilanda tekanan. Oleh itu, anak tengah juga cuba untuk melakukan yang
terbaik bagi diri mereka tanpa mengharapkan bantuan orang lain.Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :
- lebih berdikari berbanding dengan si sulung atau adik beradik yang lain.
- lebih percaya dengan keyakinan sendiri.
- suka mencuri perhatian dengan cara tersendiri.
- sering merasakan diri mereka terpinggir.
- terlalu mengalah
Anak Bongsu
Mendengar ungkapan anak bongsu saja cukup memadai untuk membuat tafsiran
bagaimanakah sikap anak bongsu. Mereka sering digambarkan sebagai
seorang yang manja dan besar kepala dan mahukan orang lain mengikut
kehendak mereka sahaja. Mereka perlukan orang lain untuk melakukan apa
saja dalam hidup. Sering dikatakan mereka kurang berjaya dalam hidup
memandangkan sikap ketidakpercaya ibu bapa terhadap mereka. Biarpun
mereka berjaya namun sikap ibu bapa sendiri membuatkan hidup mereka
terbatas. Mungkin ibu bapa sentiasa berasakan anak bongsu memerlukan
perlindungan mereka buat selama-lamanya.Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :
- happy go-lucky dan yakin diri.
- manja.
- berkeinginan dan bercita-cita tinggi.
- sukar membuat keputusan sendiri.
Anak Tunggal
Dalam banyak kategori, ramai ingin menjadi anak tunggal. ramai yang
beranggapan seronok menjadi anak tunggal memandangkan hanya mereka
satu-satunya anak dalam keluarga. Mereka akan menjadi tempat sepenuh
tumpuan, perhatian dan curahan kasih sayang ibu bapa. Mereka juga tiada
persaingan dari adik-beradik yang lain. Dari sudut hubungan bersama ibu
bapa, tidak dinafikan hubungan anak tunggal lebih kukuh dan erat. Mereka
saling memerlukan antara satu sama lain, saling menyokong dan
menggalakkan.Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :
- sering merasakan diri mereka kesunyian.
- lebih berkeyakinan kerana sudah terbiasa segala yang dihajati tercapai.
- lebih bijak bergaul.
- lebih cepat matang.
- terlalu rapat dengan ibu bapa walau usia makin meningkat.
- sukar nak bertolak ansur dengan orang lain.
Saturday, 4 February 2012
AnUgErAh ALLAH-keLaHiRaN kUcInG PaDa 12 rAbiUL AwAl 1433
hari ini aku jadi bidan untuk my cat namenye cici...
agak mencuakkan sbb cici xnak beranak dalam kotak yang dah disediakan...
aku la yang terpaksa belai n pujuk cici.....mase dye nak terjun kuar dari kotak dah kuar sekor da anak dye..
perrghh waktu tu berpeluh-peluh dah macam mane la nak buat....sampai kene gigit da tangan nie....cici nie dye nak beranak kat dalam bilik....hmmmmm last2 pakse gak cici beranak dalam kotak 2...alhamdulilah 12 rabiul awal 1433 h selamat da 5 ekor penghuni rumah baru........anugerah daripada ALLAH....Kucing adalah haiwan kesayangan RASULLULAH....nama untuk kucing-kucing nie xtau lg...sbb xtau jantan btina nye lagi....
My lOvELy BoBoY .......
11/12/2010 tarikh last jumpe my boboy....
dye da mati sbb jangkitan kuman kat badan after gaduh teruk...
GAMBAR-GAMBAR BOBOY...
.
KeNANGaN bRoGa hiiL
Pendaki ke Broga Hill sangat menyeronokkan....
ini adalah gambar-gambar yang diambil semasa berada di puncak broga....
GAMBAR-GAMBAR PENDAKIAN BROGA HILL
| SUASANA KETIKA FAJAR KELUAR.... |
| SUASANA DI ATAS BROGA.... |
| SEMPAT LAGI POSING DI DALAM LALANG |
| BROGA HILL YANG CANTIK...PUNCAK BERTEMU PUNCAK.... |
| SUASANA DI SAAT PUKUL 5 PAGI...KETIKA INI BULAN SEDANG MENGAMBANG... |
| BERPOSING DI ATAS BATU |
Friday, 3 February 2012
MAULIDUR RASUL
Maulidur Rasul (Arab: kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.
Selain itu terdapat juga nama lain bagi maulidur rasul...
| Nama | Bahasa | Maksud |
|---|---|---|
| Mawlid an-Nabī | Arab | "Kelahiran Nabi" |
| Milād an-Nabī | Arab dan Urdu | "Kelahiran Nabi" |
| Mevlid-i Şerif | Turki | "Kelahiran yang dirahmati" |
| Mevlud/Mevlid | bahasa Bosnia | "Kelahiran" |
| Mawlūd-e Sharīf | Urdu dan Dari | "Kelahiran yang dirahmati |
| Zadruz-e Payambar-e Akram | Parsi | "Kelahiran yang agung/yang dirahmati" |
| Eid al-Mawlid an-Nabawī | Arab | "Pesta kelahiran Nabi" |
| Eid-e-Milād-un-Nabī | Urdu | "Pesta kelahiran Nabi" |
| Mawlid en-Nabaoui Echarif | Arab Algeria | "Kelahiran Nabi yang dirahmati" |
| el Mūled (en-Nabawi)/Mūled en-Nabi | Arab Mesir | "Kelahiran (Nabi)/Kelahiran Nabi" |
| Yawm an-Nabī | Arab | "Hari Nabi" |
| Maulidur-Rasūl | Melayu | "Kelahiran pesuruh Allah" |
| Mulud | Jawa | "Kelahiran" |
| Maulid Nabi | Indonesia | "Kelahiran Nabi" |
| Maulud Nabi | Malaysia | "Kelahiran Nabi" |
| Meeladu Nabi | Sri Lanka, India Selatan dan Maldive | "Kelahiran Nabi" |
Subscribe to:
Posts (Atom)
