Langkah 1 (Teknik 5 saat)
Ketika
darah anda naik disebabkan marah, apa yang anda perlu lakukan adalah
genggam tangan sekuat hati dan tarik nafas sedalam-dalam. Setelah itu,
hembuskan nafas secara perlahan² dan lepaskan genggaman tangan anda
sedikit demi sedikit.
Langkah 2 (Teknik 10 saat)
Tarik
nafas... sambil mengangkat bahu setinggi mungkin dan tahan nafas.
Selepas itu, turunkan bahu secara perlahan² sambil menghembuskan nafas.
Saat bahu diturunkan, rasakan bahawa anda melepaskan semua beban atau
masalah yang perlu dipikul sebelum ini.
Langkah 3 (Teknik 30 saat)
Kombinasikan
gerakan kepala ke kanandan kiri untuk melegakan otot dan leher. Gerakan
mudah ini juga boleh anda lakukan ketika anda berada dalam keadaan
letih atau sedang marah.
Langkah 4 (Teknik 45 saat)
Cubalah
duduk bersandar di kerusi dalam keadaan relaks sambil memejamkan mata
dengan kaki memijak lantai. Setelah itu, hentakkan kaki secara perlahan²
sambil menarik dan menghembuskan nafas. Dalam pada itu, sematkan dalam
diri bahawa anda harus segera menghentikan kemarahan anda saat itu juga.
Pastikan anda berasa lega.
Langkah 5 (Teknik 60 saat)
Sematkan
kata² positif yang mampu mendeskripsikan diri anda seperti kesetiaan,
toleransi, murah hati, tidak mudah marah, rendah diri dan pelbagai kata
pujian dan positif yang lain. Tuliskan kata² tersebut di atas sekeping
kertas dan tampalkan di tempat yang mudah anda lihat. Jika anda diserang
emosi sedang marah lihatlah kembali kertas tersebut bahawa sebenarnya
diri anda amat dihargai.

0 comments:
Post a Comment