Misai yang dimiliki oleh kucing pernah diberi jolokan deria ke-enam
kucing. Misai ini adalah sangat sensitif sehinggakan jika ia digerakkan
hanya 1/2000 daripada lebar rambut manusia, ia akan menghantar isyarat
kepada otak kucing.
Dari segi anatomi, misai kucing ini dipanggil tactile vibrissae. Misai
yang bertindak sebagai sensor sentuhan ini digunakan untuk mengendap
buruan, mengukur dan memberi amaran kepada kucing terhadap halangan yang
tidak dapat dilihat oleh kucing.
Misai yang rosak akan menyebabkan salah tafsir dan meraba-raba
teutamanya dalam keadaan gelap. Misai mengesan angin dan perubahan
terhadap gerakan angin. Maklumat ini digunakan untuk mengenalpasti
lokasi binatang buruannya.
Dalam suasana gelap, kucing bergantung kepada misainya untuk navigasi
dan koordinasi. Jika kucing kehilangan misainya, dia terpaksa bergantung
kepada matanya sahaja untuk berjalan dan memburu.
P/S : ada orang cakap kalau nak buang kucing kene potong misai die,nanti dia xblik rumah semula....tapi pernahkan terfikir keadaan kucing selepas dipotong misainya...pikir-pikirkan....wassalam........

0 comments:
Post a Comment